Republic of Malaysia | Local Campaigns Resources

August 25, 2008

Abdullah Badawi | Blogged

Filed under: Ko Yem Binjai, Malaysia, Republic of Malaysia — Tags: — Nun Ha Alliance @ 3:26 pm

OLEH : DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SERI PERDANA, PUTRAJAYA
Tarikh/Date12/07/2008
Tajuk/Title TEMUBUAL YAB PERDANA MENTERI DATO’ SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI DENGAN BERNAMA DAN RADIO RTM

TRANSKRIP PENUH TEMUBUAL YAB PERDANA MENTERI DATO’ SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI DENGAN BERNAMA DAN RADIO RTM


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai pelan peralihan kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa isu semasa di Seri Perdana, Putrajaya.

S-Kelmarin, Datuk Seri mengumumkan tarikh peralihan kuasa akan diadakan pada tahun 2010. Kenapa Datuk Seri memilih 2010 sebagai tarikh peralihan kuasa dan bukan tahun-tahun lain?

J-Itu adalah tahun penamat Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Tahun 2010 itu juga saya berharap tahun kejayaan menghapuskan kemiskinan tegar.

S-Ada yang kata tempoh dua tahun itu terlalu lama dan ada juga dalam masa yang sama berkata tak cukup untuk Pak Lah untuk menyelesaikan kerja-kerja yang hendak dilakukan?

J-Banyak yang perlu dikerjakan dan pembangunan perlu diteruskan dan kerja-kerja yang hendak saya laksanakan itu adalah kerja-kerja yang ada hubungkait dengan yang dijanjikan dalam manifesto, yang perlu saya laksanakan. Tambahan pula ada pembangunan Koridor (pembangunan wilayah) masih belum lagi dilaksanakan.

S-Apakah keazaman kerajaan untuk menjayakan koridor pembangunan yang nampaknya tidak begitu maju pada masa sekarang?

J-Itu ialah satu daripada janji manifesto yang kita buat dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Saya mahu pastikan projek-projek ini dapat dilaksanakan.

S-Boleh Pak Lah komen tentang keadaan ekonomi di dalam negara sekarang?

J-Keseluruhannya stabil. Kita punya sektor perdagangan...tiada apa yang cemas. Kita masih berjaya menarik pelaburan asing. Kita masih jadi destinasi pelaburan.

S-Imej negara macam mana sekarang?

J-Masih baik. Pada orang yang objektif dan tiada apa-apa, ia masih baik. Bagi orang yang ada apa-apa dengan (penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), dia punya pandangan lain pulak. Semasa Persidangan D-8 (Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun), kita menerima pandangan yang positif. Angka ekonomi kita adalah positif. Mereka tahu.

S-Apabila Datuk Seri menjadi Perdana Menteri pada 2003, Datuk Seri berkata akan berusaha untuk membanteras gejala rasuah. Boleh Datuk Seri komen tentang tangkapan beberapa individu "berprofil tinggi" baru-baru ini?

J-Ia menunjukkan BPR (Badan Pencegah Rasuah) telah bertindak terhadap mereka yang rasuah walaupun mereka memegang jawatan berpengaruh dalam kerajaan. Ini bermakna BPR berada di landasan yang betul dalam membanteras rasuah di semua peringkat tanpa rasa takut atau pilih kasih. Tetapi saya juga kata kepada BPR, perlu berhati-hati dan mereka perlu betul-betul pasti (sebelum membuat sebarang tangkapan). Sebaik sahaja mana-mana pegawai BPR masuk ke pejabat seseorang, adalah mudah untuk orang buat andaian.

S-Boleh kita jangka banyak lagi tangkapan daripada BPR?

J-Berdasarkan cara kerja mereka, kalau ada kes-kes atau laporan atau mereka tahu, saya yakin.

S-Adakah Pak Lah puas hati dengan reformasi yang telah dilakukan dalam hal-hal seperti sistem kehakiman dan integriti nasional?

J-Saya nak kata puas hati sangat belum lagilah tetapi saya gembira dari segi pihak BPR yang telah mula mengembangkan keupayaannya. Bila ini berlaku, bermakna, kita akan melihat kejayaan yang lebih bertambah lagi.

S-Semasa mengumumkan peralihan kuasa pada 2010 dan pada masa yang sama di Parlimen, pembangkang mendesak dalam usul tidak percaya ((terhadap) kepimpinan Datuk Seri yang akan dibentangkan, bagaimana Datuk Seri melihat semua ini?

J-Mereka mahu mengambil kesempatan dengan apa yang berlaku. Boleh jadi andaiannya, dengan pengumuman yang saya buat itu akan timbul reaksi-reaksi yang boleh membuat parti menjadi kelam-kabut.

S-Selain daripada menentukan bahawa peralihan kuasa ini akan berjalan dengan licin, apakah perkara-perkara yang Pak Lah akan tekankan dari sekarang sehingga 2010 untuk menjayakan hasrat-hasrat Pak Lah?

J- Seperti yang saya kata dahulu, program-program di bawah koridor pembangunan perlu dipercepatkan dari segi pelaksanaannya. Saya mahu projek ini bertapak (dan dilaksanakan). Begitu juga dengan program-program pembaharuan yang lain seperti sistem kehakiman, sistem penyampaian kerajaan.

S-Dari segi sistem penyampaian kerajaan, adakah Datuk Seri berpuas hati?

J-Ada, ada hasil, ada penambahbaikan, ada perkhidmatan kaunter dan pengeluaran pasport yang lebih cepat.

S-Dari segi pembangunan modal insan, bagaimana Datuk Seri melihatnya selepas mengumumkan pembangunan modal insan yang lebih dinamik untuk negara?

J-Untuk itu, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengadakan beberapa program sebagai langkah yang diambil untuk menyelaraskan dengan dasar pembangunan modal insan.

S-Ada pihak yang mengatakan masalah rakyat sekarang seperti kenaikan harga barang seolah-olah tidak dapat diselesaikan?

J-Selain daripada projek-projek yang dijanjikan di dalam manifesto yang perlu dilaksanakan, isu-isu yang besar pada hari ini (perlu diberi perhatian).

S-Ada pihak yang mahu menteri turun padang atau Perdana Menteri melihat masalah kenaikan harga barang ini.

J-Saya jumpa rakyat dan jelaskan kepada mereka, jika tidak nanti pembangkang yang akan jelaskan.

S-Semasa pemerintahan Datuk Seri ini, agak kurang bernasib baik kerana berlaku peningkatan harga minyak mentah dunia?

J-Isu inflasi dan isu kenaikan harga barang ini merupakan isu besar semasa pilihan raya umum lalu. Amat sukar untuk jadi popular.

S. Sekiranya harga minyak mentah masih meningkat, bagaimanakah dengan ekonomi negara?

J. Susah lagilah. Pada masa sekarang, kita perlu beri perhatian kepada tindakan-tindakan ke arah mengurangkan bebanan perbelanjaan rakyat termasuk berjimat-cermat.

S. Mengenai perdebatan Menteri Penerangan (Datuk Ahmad Shabery Cheek) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, boleh Datuk Seri beri komen. Nampaknya pihak pembangkang tidak membuat apa-apa untuk meringankan beban rakyat.

J. Depa (mereka) cakap saja. Cakap lebih daripada janji. Saya kira Ahmad Shabery memang bertekad untuk melakukannya. Beliau yakin yang beliau boleh lakukannya dan beliau seorang pemidato yang bagus.

S-Jika beliau gagal?

J-Jika beliau gagal, dia kata dia akan jumpa Pak Lah, sila ambil orang lain untuk menjaga Angkasapuri. Tetapi beliau bagus, boleh dikatakan tiap-tiap minggu program kementerian beliau hadir.

S. Pada masa sekarang nampaknya ada pihak politik seolah-olah ada kecenderungan
untuk memperluaskan isu perkauman. Apa nasihat Pak Lah?

J. Ini tidak baik, kita perlu ada batasnya. Jangan. Ia seperti bermain dengan api. Jangan bermain dengan api dalam isu yang sensitif. Ini seolah-olah politik jalan singkat, nak jadi popular dan dapat undi. Inilah sikap yang tidak bertanggungjawab dalam memainkan isu perkauman.

S. Apakah mesej Pak Lah kepada Barisan Nasional?

J. Saya mahu BN kuat sepanjang masa. Semasa saya (masih) ada, saya mahu BN menjadi kuat. Saya tahu keputusan pilihan raya (umum lepas) itu teruk. Tetapi rakyat masih beri kita amanah untuk memimpin (negara). Kita perlu lakukan lebih banyak lagi, kita perlu bekerja keras. Kita tiada pilihan lain. Untuk kerja kuat bermakna kita kena gerakkan keseluruhan tenaga kita dalam parti. Dan kita mahu supaya parti memberi fokus kepada rakyat. Kita jangan ada gangguan yang lain.
Kita kena periksa dan tengok mana yang tak kena, di mana tak elok, apa lagi kita perlu buat. Dengar (keperluan) rakyat. Insyaallah kita akan ok. Bukan depa (mereka) benci sangat dengan kita. Satu lagi berkaitan dengan isu inflasi sudah tentu, yang lain itu isu-isu lainlah, isu rasuah dan jenayah.

S. Adakah kerajaan mempunyai rancangan yang lain untuk meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga minyak?

J. Jumaat ini kita akan lancarkan sesuatu untuk membantu meringankan penggunaan petrol dan membantu mengurangkan kos, bebanan dan perbelanjaan ...pemandu teksi.

S-Tetapi rakyat tidak boleh lupa penekanan dan tumpuan Pak Lah terhadap sektor pertanian.

J-Saya gembira kerana kita turut memberi tumpuan terhadap sektor pertanian...tetapi saya tidak akan beri penekanan terhadap pembangunan pertanian jika sekiranya tidak ada bersama pembangunan industri asas tani.

S-Apakah idea dan rasional sebenar disebalik pembangunan koridor ekonomi?

J-Disebalik idea untuk membangunkan koridor, kita nak tangani ketidakseimbangan antara sektor bandar dan pusat industri bandar yang berjalan dengan lancar (dengan sektor separa bandar). Apa yang saya mahu lakukan ialah menangani ketidakseimbangan ini, supaya seimbang seperti beri pengagihan yang adil daripada segi pendapatan. Beri bantuan kewangan atau subsidi.? Jadi, apa yang kita patut buat? Beri pada mereka dan pastikan apa yang diberikan kepada mereka ialah peluang berkualiti. Oleh itu, falsafahnya ialah pengagihan yang adil bagi peluang berkualiti. Itu yang saya sedang lakukan. Pada peringkat ini, apabila anda bangunkan modal insan, curahkan pengetahuan kepada mereka, ilmu pengetahuan terkini. Jadi, kita ambil peluang ini, untuk pastikan pengagihan peluang berkualiti secara adil. Bantuan mesti ke arah membantunya.

S-Ada pihak mengatakan dari segi pelaksanaannya terlalu lambat.

J: Saya setuju yang pelaksanaannya agak lambat tetapi biasanya ialah apabila lulus, waran dikeluarkan, laksana, masing-masing laksana, kerajaan negeri ambilalih tanah, tidak ada penyelarasan langsung, ada yang terbengkalai selepas itu, sesetengahnya berakhir dengan kualiti yang rendah. Jadi, apa kita lakukan, kita mahukan melakukan pelaksanaan. Pelaksanaan perlu diaplikasi, bukan hanya separuh (aplikasi). Pelaksanaan perlu dirancang. Agensi-agensi pusat seperti ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan), EPU (Unit Perancang Ekonomi), Perbendaharaan mesti memantau tetapi dalam kementerian sendiri juga perlu pantau seperti Menteri, KSU (Ketua Setiausaha kementerian).

BERNAMA

Advertisements

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: